Siapa Kami

Cerita Saya

Hai. Nama saya Gabriel. Saya mengusahakan sebuah ruang pejabat komuniti di KL Eco City Bangsar.

Mengapa saya menubuhkan SejutaKG ? 

Saya ingin melihat orang lain menjadi lebih sihat. Kalau mereka gembira, ia akan menggembirakan saya. Selepas mereka menurunkan berat badan, mereka berkata:

  • Mereka tidur dengan lebih baik
  • Mereka lebih merasai makanan
  • Lutut mereka kurang sakit
  • Mereka jarang jatuh sakit  

Saya juga melihat bagaimana orang yang gemuk mempunyai masalah: 

  • Apabila mereka terjatuh, mereka mengalami lebih banyak luka – ini terjadi kepada ayah saya
  • Mereka mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan , seperti kencing manis, strok , sakit jantung – 3 daripada ibu saudara dan bapa saudara saya mengalaminya
  • Mereka harus menjalani pembedahan lutut – 2 orang ibu saudara saya mengalaminya 

Semasa Covid, saya ada banyak masa. Saya berasa sangat risau terhadap komuniti kita kerana saya melihat gambar pesakit dengan berat badan berlebihan merupakan golongan yang paling menderita akibat covid. Lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan!

Maka saya membuat keputusan untuk membangunkan sebuah Apps (aplikasi) bagi membantu orang ramai mengurangkan berat badan dengan cara yang mudah dan seronok.

 

Mengapa ianya mudah ?

Hanya timbang berat badan anda dan masukkan berat badan ke dalam Apps untuk mula.

Tonton video yang kami sudah kumpul atau pilih untuk belajar cara menguruskan badan yang paling sesuai untuk anda.  Anda juga boleh mencari pakar menurunkan berat badan yang boleh membimbing anda, atau produk kesihatan yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang berkesan untuk anda.

Ikut tips yang anda belajar dan timbang berat badan anda sekali dalam beberapa hari untuk mengetahui kemajuan anda.

Mengapa seronok ?

Kami telah mendapatkan beberapa syarikat yang akan menaja hadiah untuk mereka yang berjaya mengurangkan berat badan dan menjadi lebih sihat.

Kami juga menyediakan hadiah untuk individu yang berjaya mengurangkan 5 kg atau 10 kg berat badan dan mencapai berat badan yang sihat. Anda dapat melihat hadiah-hadiah ini dalam Apps apabila diumumkan oleh penaja kami.

Apabila anda telah mencapai matlamat hadiah yang anda inginkan, rakamkan satu video anda sedang menimbang berat badan dan hantarkan ke talian Whatsapp kami untuk mengesahkan anda telah mencapai matlamat tersebut. 

 

Itu sahaja!

 

Mari kita bersama-sama membantu Malaysia menurunkan sejuta kg!

Jom Kita Bantu Rakyat Malaysia Untuk Jadi Lebih Sihat Bersama-sama!